Thursday, September 24, 2015

Penawar KULIT KERING



Haiiiiiiiiiiiii

Pernah tak, ada hari-hari tertentu kulit kita macam merah-merah , kering mengelupas especially kalau kita travel/ berjemur, maybe akibat perubahan cuaca dan kurang minum air ...lagi-lagi  kalau kulit sensitif, lagi teruk lah kesannya. Merah, kering, pedih, mengelupas, jerawat lagi.

Kita pun dok sapu moisturizer banyak-banyak, konon nak redakan.Sebenarnya SALAH yer buat macam tu!
Kalau sapu moisturizer, lagi 'berat' kulit yang sedang 'sakit' tu nak tampung molekul-molekul  moisturizer, akibatnya, makin pedih dan makin merah.
 
Itu lah tips yang diberikan oleh beautician, dia advice sapu essence tebal-tebal sebelum tidur. Moisturizer,toner semua skip dulu, memadai cuci muka dan sapu essence tebal-tebal. Dalam 2-3hari akan recover




 

Kepada yang mengalami masalah yang sama, boleh apply tips ini. Anda hanya perlukan Nutriwhite Essence dan Vitamin C
Oh yer,essence ni time bermasalah jer tempek tebal-tebal ,jika hari biasa,nipis pun cukup.
 

Saya kongsikan sebab saya percaya ramai yang mengalami masalah yang sama. Tak baik saya simpan sorang2-sorangtips ni. Sharing is caring. Semoga bermanfaat
 
 
Salam Sayang
JajaHamzah
See Good Do Good Be Good
0192682582
 
 
 

Tuesday, September 8, 2015

HutangDhuha

BAB 31 : Hutang Dhuha 

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya. 

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
 
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
 
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga. 

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha 

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain  melalui bersolat dhuha 

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

 ❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya 
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga

Tips Shaklee


Tips Shaklee

Korang tau tak?






Tuesday, September 1, 2015

Dinner?

Nak dinner apa ye malam ni?

Kalau korang nak maintain slim sihat cantik, pastikan menu korang tinggi protein

Nak senang bancuh je segelas protein kualiti tinggi , if tanya saya protein jenis apa yang berkualiti tinggi , dah tentulah ESP dan CINCH SHAKE

Kenapa perlu pilih protein?

Sebab tubuh mencerna protein lebih lambat dari lemak atau karbohidrat , so boleh membuatkan kita merasa kenyang tu lama sikit.

Tubuh badan kita juga membakar lebih banyak kalori ketika makan makanan yang berprotein dari makanan yang mengandungi karbo

Protein boleh juga meningkatkan kadar metabolisma kita

So? Jom cari ESP JOM !

Saturday, August 22, 2015

Enfuselle Shaklee

TIPS PEMAKAIAN ENFUSELLE?(NORMAL TO OILY)

Kalau anda sedang menggunakan Enfuselle set (khas utk kulit normal ke berminyak) boleh la ikut jadual penggunaan seperti di bawah.

Elok diamalkan selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

1) Cuci muka dengan menggunakan Enfuselle Purifying Cleanser Gel. dengan cara mencalit sedikit sahaja gel pencuci ke atas telapak tangan anda. Kemudian campurkan dengan air bersih dan gosok-gosok sehingga berbuih. 

Kemudian terus ratakan dan cuci ke seluruh wajah anda (elakkan bahagian mata yer)

 
Enfuselle Purifying Cleanser Gel
2) Kemudian selepas bilas muka dengan air bersih.Titiskan Enfuselle Purifying Toner ke atas kapas muka, dan sapu ke seluruh kulit muka dan leher. Purifying Toner bertindak untuk menyegar dan merangsang kulit sebagai persediaan rawatan .

 
Enfuselle Purifying Toner
(leher pon kena juga nanti muka je berseri seri leher berdaki pulak )

3) Kemudian ,calit sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer agar kulit muka sentiasa lembab .
(balancing moisturizer ni mmg best lah, memang light je tak melekit, sesetengah moisturizer lepas kita pakai rasa berminyak 
 yang ni mmg sangat light dan tak oily! lepas pakai cuba picit2 muka anda ..rasa licin dan smooth je tauuuu) saya mmg jatuh chenta sangat sangat dengan Balancing Moisturizer ini. 

Mengikut pengalaman saya, ia SETANDING dengan branded product yang saya pernah pakai sebelum ini.

Enfuselle Balancing Moisturizer
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit HIPOLERGENIK

4) Last sekali,boleh la pakai bedak compact atau loose powder peberet anda yer. kalau muka dah berseri seri pakai bedak muka biasa  pon akan jadi glowing juga ..insha ALLAH dengan izinNYA

Selain dari kecantikan luar, Kita juga perlu menjaga kecantikan dari dalam.Umpama kita menanam pokok juga ,sudah semestinya kita perlu siram air dan beri baja untuk tanaman membesar dengan sihat, begitu juga dengan kulit wajah dan seluruh tubuh kita juga ibarat pokok

Hubungi saya ye untuk info yang lebih lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...